orang perempuan ni dia sensitif sikit.. tapi kalau kena caranya dan kita tahu mengenai dirinya sebenarnya senang je nk jaga hati diorang.. nak2 bila perempuan tu da sayang kita..
so, di bawah ni beberapa fakta mengenai wanita yang perlu lelaki tahu kalau nak kenal lebih mendalam tentang seseorang wanita tu..
1. Jika kamu menyukai seorang wanita, mulakan dengan persahabatan. Sebab wanita ni tak mahu terburu-buru dalam perhubungan.
2. Wanita cepat jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik
terhadapnya. Jadi rajin-rajinlah call, sms wanita tersebut.
3. Kalau wanita tu tak minat pada kita, dia akan bersikap dingin sahaja.. sms lambat reply, layan tak layan.. tu maknanya dia tak minat kt kita.
4. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya membuat surprise.
5. Jika seseorang wanita itu merajuk, pujuklah dia.. wanita suka dipujuk.. kalau dia diam je masa keluar dgn kita, msti ada yang tak kena, pujuk la dia.. dengan pujukan hati seorang wanita mudah tersentuh dan dia akan rasa terharu kerana rasa dihargai dan disayangi.
6. mendapat sms daripada orang yang disayangi saja sudah cukup menceriakan harinya, walaupun cuma berkata 'Hi'.
7. Jika
seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,
tinggalkan dia kerana dia memang tak berminat denganmu.
8. Jangan terlalu serius kerana wanita suka lelaki yang membuat lawak dan banyak bercakap. tapi jangan lawak bodoh, makin menyampah nanti wanita itu,
9. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
10. Wanita tidak akan berani bertentang mata dengan orang yang dia sayang.. dia akan malu-malu dengan kamu. renunglah ke dalam matanya, dia akan cair dengan kamu..
11. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi.
12. Bila
dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik
kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur
dengan ucapan maaf.
No comments:
Post a Comment